Pemalsuan dokumen ‘Donation of Constatine’ telah dibuktikan oleh ahli sejarah melalui beberapa proses penafsiran dan juga kaedah kritikan sumber bagi membuktikan kesasihan dokumen tersebut

Pemalsuan dokumen ‘Donation of Constatine’ telah dibuktikan oleh ahli sejarah melalui beberapa proses penafsiran dan juga kaedah kritikan sumber bagi membuktikan kesasihan dokumen tersebut. Dokumen ini lebih dikenali kepada kita sebagai ‘Donation Constantine’ adalah salah satu pemalsuan zaman pertengahan yang paling terkenal. Dokumen ini telah ditulis pada tarikh yang tidak diketahui oleh mana-mana ahli sejarawan dan dikatakan ianya telah ditulus sekitar pertengahan Zaman Gelap. Hal ini juga menimbulkan keraguan atau tanda tanya kepada para sejarawan apabila tujuan penulisan dokumen tersebut tidak dapat dipastikan dan ia telah tertanam dalam dokumen palsu Decretals dalam abad ke-9 awal, dan sebagainya hanyut ke dalam koleksi utama bahan undang-undang yang digunakan pada Zaman Pertengahan termasuk Gratian ini Decretum. Walaubagaimanapun, pemalsuan dokumen ‘Donation of Constantine’telah dikeluarkan atas nama Maharaja Constantine oleh seorang paderi Rom digunakan sebelum pertengahan kurun ke-15 adalah bertujuan untuk mengukuhkan satu teori atau kekuasaan pihak gereja yang menurut Paus iaitu seorang yang beragama Katolik mempunyai hak terhadap tanah di Eropah pada ketika itu. Dalam ketiadaan persekitaran politik yang stabil di Itali akibat kejatuhan empayar Rom bagi penubuhan negara Itali moden, kepausan adalah bertanggungjawab untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan sendiri. Maka, dokumen tersebut telah digunakan bagi mewajarkan pengukuhan kekuasaan yang demikian oleh pihak tersebut.
Dokumen ini ada mengisahkan tentang teks yang berupa sebagai dokumen undang-undang yang dikeluarkan oleh Maharaja Constantine bagi memindahkan kawalan Itali dan wilayah-wilayah barat kepada Pope Sylvester sebagai tanda ucapan terima kasih kerana telah sembuh dari penyakitnya. Kebangkitan Paus, yang berperanan rohani seolah-olah sering menengah fungsi mereka sebagai ketua-ketua negara Itali kecil telah menggunakan dokumen tersebut secara meluas untuk menentang cita-cita wilayah kuasa-kuasa besar dan menyokong mereka sendiri. Dokumen palsu kekaisaran Romawi ini juga menyebutkan bahawa Kaisar Constantine telah menyerahkan kekuasaan Roma dan bahagian Barat kekaisaran Romawi ke Paus. Hal ini memyebabkan dokumen tersebut menjadi dasar kekuasaan Paus di Itali dan sekitarnya selama berabad-abad. Dokumen ini juga disebut sebagai ‘pemalsuan terbesar dalam sejarah’ dan ada yang menyatakan bahawa ianya telah diciptakan 400 tahun setelah Kaisar Constantine meninggal dunia. Pengaruh terhadap ‘Donation of Constantine’ membantu memecah golongan Romawi dan Katolik Ortodoks. Hal ini membawa kepada perpecahan Timur dan Barat langsung terjadi setelah Paus Leo IX menggunakan dokumen tersebut sebagai bukti bahawa beliau mempunyai hak yang kukuh sebagai pemimpin kepada semua gereja. Keadaan ini telah menimbulkan keraguan apabila Lorenzo Valla pada abad ke 14 telah mengungkitkan kesahihan akan dokumen tersebut dengan mengemukakan beberapa pendapatnya sendiri bahawa dokumen itu sebenarnya adalah palsu. Beliau telah mempersoalkan beberapa perkara iaitu beliau berpendapat adalah tidak munasabah dokumen itu dijumpai di Decretum dan beliau juga tidak percaya bahawa Maharaja Constantine sanggup memberikan empayarnya kepada paus-paus sementara hal itu ditentang oleh anak, keluarga dan rakan-rakannya. Lorenzo Valla mempersoalkan adakah relevan Maharaja Constantine bertinda sedemikian rupa. Maka Lorenzo Valla terus mengkaji dan mendapati mustahil dokumen itu ditulis pada abad ke-4 iaitu semasa zaman pemerintahan Maharaja Constantine sedangkan format dan isi kandungannya dilihat sudah ketinggalan zaman. Justeru itu, dokumen itu akhirnya dianggap sebagai dokumen palsu.
Lanjutan daripada itu, kes pemalsuan dokumen tersebut dapat dibuktikan oleh seorang tokoh sejarah yang bernama Lorenzo Valla pada tahun 1400 telah membuktikan kesahihan dokumen itu melalui beberapa kritikan sumber iaitu kritikan luaran supaya kebenaran berkaitan dengan dokumen tersebut dapat dipastikan sama ada asli ataupun palsu. Kritikan luaran yang telah dijalankan secara teliti dan berkesan. Kritikan luaran merujuk kepada usaha para ahli sejarah dalam memastikan sumber yang diperoleh adalah tulen, asli dan sahih dari segi sifat fizikal dan luaran sesuatu sumber sahaja. Dalam kritikan luaran terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam menentukan kesahihan sesuatu dokumen atau sumber. Lorenzo Valla telah menggunakan kritikan luaran melalui ujian kimia terhadap dokumen tersebut bagi membuktikan kesahihan bahawa dokumen ‘Donation Constatine adalah palsu. Ujian kimia tidak dilakukan oleh ahli sejarah tetapi dilakukan oleh pakar kimia. Melalui ujian ini, sumber yang diperoleh akan dihantar ke makmal kimia bagi proses penelitian yang lebih terperinci. Proses ini melibatkan pemerhatian kepada tiga aspek utama sumber iaitu pemerhatian kepada kertas yang digunakan, cop dan dakwat . Hal ini kerana, setiap bahan yang digunakan adalah berbeza pada mengikut zaman. Proses kimia ini secara tidak langsung dapat menentukan umur sesuatu sumber sejarah yang diperoleh. Setelah hasil daripada ujian yang telah dijalankan dapat dibuktikan bahawa dokumen tersebut dilihat menerusi kertas kerana kerana kertas yang digunakan tidak sama jenis mengikut perbezaan zaman. Ujian kimia dapat menentukan umur kertas yang digunakan. Justeru, ujian tersebut telah dapat membuktikan bahawa terdapat pemalsuan dalam dokumen di Eropah yang dikenali sebagai Donation of Constantine. Pemalsuan tersebut berlaku sekitar pertengahan kurun ke-15 oleh Paus yang menuntut kawasan pemerintahan daripada Maharaja Constantine .
Seterusnya, pemalsuan ini juga dapat dilihat melalui penggunaan tatabahasa serta sistem ejaan yang terlalu moden melalui ujian bahasa terhadap dokumen tersebut. Ujian ini dilakukan kerana bahasa di dunia sentiasa berubah dan bersifat dinamik . Oleh itu, ujian bahasa sangat penting kerana terdapat perubahan yang ketara dari aspek nahu, struktur ayat, ejaan, istilah dan tanda baca. Maka, ahli sejarah memerlukan pakar bahasa untuk menentukan nilai gaya dan bahasa daripada sesebuah teks atau sumber supaya keaslian sesuatu sumber dapat dipastikan. Setelah ujian bahasa dijalankan, maka

x

Hi!
I'm Belinda!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out