4.0 Model,teori, Dan strategi yang digunakan

Banyak garis panduan dan strategi yang boleh diperhatikan dalam menyelesaikan pelagai masalah yang timbul. Strategi merupakan langkah yang penting dalam proses menyelesaikan masalah yang boleh membantu majikan dan pekerja untuk merancang sebranag tindakan dan membantu dalam menangani sebaang masalah yang tidak dijangka mungkin timbul.
Pihak majikan dan pekerja perlu ada ciri-ciri pemikir baikdan lemah unrtuk mengatai sebarang masalah yang tidak diingini.
1. Tidak begitu gembira kerana pengurus yang baru diambil bekerja di jabatannya
model yang digunakan biasanya adalah menggunakan pendekatan stop it iaitu mengelak masalah daripada terjadi (atau terjadi semula)pada mulanya adalah mungkin penyelesaian yang ideal. Ini kerap kali dilakukan dengan mengendalikan apa jua tugas dengan tujuan memperoleh kualiti terhebat seterusnya mengahapuskan masalah adalah cara terbaik bagi mengendalikan sesuatu masalah walau bagaimanapun penyelesaian dengan cara penghapusan sebagai kemungkinan penyelesaian dan mengurang masalah.

2. Pengurus baru itu sangat keras kepala.
Pengurus perlu mencari kaedah penyelesaian masalah dengan berkesan memandangkan pengurus tidak dapat menerima pandangan orang bawahannya dan keras kepala, dengan menggunakan kaedah kitaran penyelesaian masalah kaedah ini boleh menganalisis, mendefinisikan dan menyelesaikan masalah yang pengurus hadapi. Pengurus perlu periksa setiap maklum balasa dan membuat tindakan yang betul serta kenal pasti tindakan yang diperlukan dengan membuat rancangan teratur dan memastikan keberkesanannya agar setiap keputusan yang dibuat berkesan.

3. Tidak sopan ketika membuat permintaan dari orang bawahannya untuk melakukan tugas. Bagi menyelesaikan masalah ini Pengurus dan pekerja, mereka perlu mengeluarkan idea bagi mencari kemungkinan penyelesaian. Di bawah adalah antara idea yang boleh menyelesaikan masalah dan menghasilkan idea untuk mendapatkan penyelesaian yang sesuai

a) Baca,Selidik,Fikir, Tanya Soalan dan Bincang Mula dengan mengumpul maklumat tentang masalah yang dihadapi. Ini merangkumi perlu membaca, berbincang, percambahan minda, bertanya soalan dan mencari pendapat. Jadilah individu yang ingin tahu, cari idea dan belajar sebanyak mana yang boleh tentang mengatasi masalah.
b) Guna Teknik Menghasilkan Idea seperti Penyelesaian Masalah, Simulasi Rawak dan Sebagainya (Ini akan Dibincangkan dengan Lebih Lanjut dalam Topik Seterusnya) iaitu dengan menghasilkan idea sebanyak mana mungkin. Dengan banyak idea dihasilkan oleh pengurus boleh membuat keputusan yang tepat dalam membuat keputusan dan mengarah pekerja dengan cara yang lebih profesional.
c) Berikan masa untuk idea berkembang semasa idea dihasilkan dalam tahap berbeza mendapatkan idea, kitaran utama kreativiti mempunyai beberapa tahap iaitu; persediaan pemikiran pertama, penyelidikan, belajar dan bekerja. Kedua Inkubasi iaitu masa untuk pengurus berfikir untuk pemikiran tidak sedar bekerja serta pemahaman diri, pemahaman tentang jalan penyelesaian, juga dikenali sebagai pengalaman eureka atau detik eureka. Dan perlaksanaan untuk melakukan penyelesaian serta penilaian yang berkesan.

4. Apabila dia tidak berpuas hati, Janice akan meledak dengan kemarahan di hadapan umum Bila mana pengurus mengahadapi masalah, satu penyelesaian berkesan bagi masalah boleh dibina menggunakan enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah

Antara langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah adalah, dengan meneroka masalah dan mengetahui masalah yang dihadapi dan mengetahui aspek penyelesaian dengan cara penjelasan masalah agar ianya lebih jelas serta cara penyelesaian masalah lebih profesional, Rogers perlu meneroka masalah yang dialaminya agar ianya boleh diselesaikan dengan baik. Rogers juga perlu pertimbangkan pernyataan masalah yang mendorong Rogers untuk berhenti kerja ataupun meneruskan kerjannya di syarikat yang sudah lama dia bekerja. Rogers juga perlukan penjelasan masalah dan memberi sebab tentang masalah yang dialaminya.
Memberi sebab tentang masalah yang dihadapinya Rogers perlu perlu dengarkan penjelasan pengurusnya dan bayangkan orang lain yang cuba melihat maslah itu yang mana perbincangan itu mungkin berbeza dari sudut pandangan dan segala bentuk teori yang boleh Rogers pertimbangkan agar Rogers memperolehi penjelasan iaitu “Mengapa” dan mencari kemungkinan kepada penyelesaian masalah.

5. Rogers berfikir sama ada untuk terus bekerja atau berhenti kerja. Rogers perlu membina matlamat dan menetapkan matlamatnya contohnya.
a) Matlamat apakah yang Rogers anggap sebagai ideal.
Rogers perlu memilih satu penyelesaian yang cepat iaitu terus bekerja di syarikat berkenaan dengan memikirkan apakah penyelesaian ideal bagi masalah yang dihadapi dan Bina Matlamat realistik dan praktikal.
b) Rogers menyelesaikan masalah yang dihadapinya dan Rogers perlu memilih idea.
1. Nilai Penyelesaian yang sesuai supaya penyelesaian dapat dicapai, nilai idea dan penyelesaian yang sesuai yang telah anda kumpulkan setakat ini. Tetapkan penyelesaian yang sesuai yang lain untuk dilaksanakan (“Rancangan B”) sekiranya rancangan asal anda tidak berjaya. Dan penilaian anda termasuk mencari penyelesaian yang paling berkesan, afisien (kos paling kurang, dari segi wang, masa dan lain-lain) dan sedikit kesan sampingan. Serta bina senarai penyelesaian yang sesuai mengikut susunan urutan.

2. Pilih Penyelesaian iaitu Rogers perlu pilih satu atau lebih penyelesaian untuk dicuba daripada senarai penyelesaian yang telah disusun. Rogers perlu benarkan orang lain melihat dan mengkritik penyelesaian yang anda pilih dan mencadangkan pembaikan dan alternatif. Ia adalah penting untuk membenarkan orang lain mengkritik dan menilai penyelesaian anda sebab anda akan ada peluang untuk memperbaikinya. Dan jangan biarkan kritikan mempengaruhi keyakinan terhadap idea yang anda percaya adalah baik, juga jangan resah dengan kritikan yang menunjukkan kelemahan anda. Selalu bersedia untuk menerima idea baharu.